Wakaf Bharu, Kelantan, MY
Ahad - Khamis 09:00 - 16:00
+60193328282

Tentang Kami

Multi Epoxy Solution > Tentang Kami

Epoxy Specialist

Multi Epoxy Solution syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan lantai khususnya dalam bidang epoxy coating untuk kediaman dan industri.

100% Tempatan

Organisasi kami dimiliki 100% bumiputra dengan tenaga kerja anak tempatan yang memberikan anda hasil kerja bermutu dengan bahan berkualiti.

Latar Belakang

Multi Epoxy Solution (KT0413365-P) telah ditubuhkan pada bulan November 2017. Kami adalah sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada salutan serpihan warna epoksi untuk ruangan lantai bilik air/tandas, dapur, balkoni, vanity top dan juga lantai tangga. Perkhidmatan kami bukan terhad di Kelantan sahaja, malah seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan (supply and lay) dan juga membekal produk seperti epoxy resin dan hardener, epoxy pigment dan powder, serpihan berwarna mica flake, set diy dan aksesori berkaitan dengan sebarang projek epoxy anda.

Memberikan yang Terbaik

Multi Epoxy Solution telah didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (No. Rujukan Pendaftaran: 357-02284876) di dalam bidang; Barangan hiasan dalaman dan aksesori, paip dan kelengkapan, pump/paip air dan komponen, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan, bangunan dan hiasan dalaman dan hiasan jalan/kawasan.

Sehubungan itu, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari sektor industri dan kediaman, kami sediakan perkhidmatan dengan pelbagai rangkaian produk seperti epoxy potting, sistem lantai & salutan, sistem perpaipan dan sebagainya.

Multi Epoxy Solution juga telah didaftarkan dengan CIDB Malaysia (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) pada Mei 2019 No. Pendaftaran : 0120190529-KN027764, sebagai kontraktor gred G2 mengikut Bahagian VI Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994.

Kami berusaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan produk berkualiti tinggi dan kos efektif bersama dengan perkhidmatan yang konsisten, cepat dan mesra kami.

Support Local

Kepakaran kami dalam memberikan kemasan lantai yang terbaik. Dapatkan sebut harga untuk pelantaian epoxy anda hari ini.