05
Aug

Ponding Test Untuk Mengetahui Kebocoran Bilik Air

Secara amnya bila berlaku kebocoran lantai terutamanya di bilik air mahupun tandas, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah disebabkan “waterproofing” lantai.
 
 Akan tetapi, ada berlaku situasi kita tak tak tahu atau tidak dapat mencari punca adakah kebocoran tersebut memang dari lantai, di mana air meresap masuk ke slab/syiling bawah rumah anda atau jiran anda.

Bila situasi ini berlaku secara teorinya kebocoran lantai di bilik air boleh disebakan oleh:
 
– Saluran paip dalam dinding
– Saluran floor drain trap
– Saluran toilet bowl
– Lantai itu sendiri
Sebagai langkah bermula anda boleh mencari tukang plumbing atau kontraktor yang berpengalaman untuk datang memeriksa keadaan paip, lantai dan slab/syiling rumah anda.
 
Jika didapati tiada masalah berpunca dari paip, kita boleh anggap memang lantai yang bermasalah.
 
Bagaimana nak pasti sama ada lantai yang bermasalah? Kita boleh buat ujian dengan melakukan Ponding Test.
 
Caranya sangat mudah! Pertama sekali, anda mesti menutup kawasan floor drain trap (tempat/lubang keluar air)  dengan menggunakan waterproof tape (boleh didapati di kedai hardware/Mr. DIY) dan tutup lubang tersebut dengan kemas. Pastikan tiada ruang udara yang membolehkan air keluar nanti.
 
Kemudian buka paip air dan takungkan lantai anda sehingga memenuhi semua ruangan lantai atau sehingga kedalaman 1-2 inci. Biarkan sampai bertakung dan tunggu.
 
Setelah itu, dalam tempoh beberapa jam anda boleh perhatikan pada siling bahagian bawah bilik air dan jika terdapat lembapan pada lantai atau kesan tompokan air (water mark) atau air menitik sejurus anda buat ponding test tadi, memang betul lantai anda yang bermasalah.
 
Sekiranya dalam beberapa jam, tiada apa yang berlaku, cuba perhatikan keadaan tangkungan air dalam bilik air anda. Adakah air kelihatan surut atau tidak. 
 
Jika didapati tiada apa yang berlaku, sama ada kesan lembab, watermark dan tangkungan air juga tidak menyusut, ini boleh dikatakan bahawa kebocoran tersebut bukan berpunca dari lantai bilik air.
 
Sehubungan itu, anda boleh membuat keputusan yang tepat dan mencari punca penyebab yang lain seperti yang disenaraikan di atas.
 
Kaedah ponding test ini juga sangat berguna jika anda baru memiliki rumah (rumah baru) untuk mengesan defect rumah tersebut.