Wakaf Bharu, Kelantan, MY
Ahad - Khamis 09:00 - 16:00
+60193328282

Epoxy Flake Coating

Multi Epoxy Solution > Perkhidmatan > Epoxy Flake Coating

Epoxy Flake Coating adalah sistem pelantaian dengan teknologi terkini rumusan dari resin dan serpihan berwarna Mica Flake.

Tiada lagi masalah lantai kusam dan bocor!

Adakah lantai atau pun jubin anda kelihatan kusam, kotor dan susah untuk dibersihkan? Adakah lantai anda mengalami masalah kebocoran? Sedang mencari alternatif nak tukar lantai kepada baru?

Kini dengan teknologi Epoxy Colour Flake Coating dapat memberikan anda penyelesaian kepada semua masalah lantai yang mungkin anda sedang hadapi sekarang!

Epoxy Flake Coating adalah kaedah coating yang tidak melibatkan sebarang kerja pemecahan lantai asal (hacking) dengan pemasangan yang pantas.

Sistem coating ini menjadi pilihan alternatif dan popular kepada kebanyakkan pemilik residen dan komersial untuk refurbished lantai lama tanpa kos yang tinggi.

Sistem Epoxy Flake Coating sesuai dipasang pada bahagian lantai indoor seperti:

  • Tandas / Bilik Air
  • Tangga
  • Dapur
  • Counter top
  • Balkoni
  • Dinding

Selain di atas permukaan tile, Epoxy Flake Coating juga boleh diaplikasikan pada lantai concrete / simen.

Mengapa Epoxy Flake Coating Berbanding Kaedah Lain?

  • Tak perlu hacking lantai asal
    Tiada sebarang pertukangan dilakukan, tak perlu pecah lantai mahupun jubin sedia ada!
  • Coating bersifat Waterproof
    Memberikan anda penyelesaian masalah kebocoran lantai.
  • Coating Tidak Licin (Anti Slip)
    Permukaan lantai lebih kesat (tidak licin). Mengurangkan risiko jatuh (sangat sesuai dipasang di dalam bilik air/tandas).
  • Multi Flake Colour
    Terdapat lebih 20 pilihan warna flake untuk disuaikan dengan warna lantai/dinding anda.
  • Corak / Pattern Menarik
    Kini anda boleh memberikan kelainan kepada lantai anda dengan corak yang menarik.
  • Penyelenggaran Mudah
    Penjagaan coating yang mudah dan senang dicuci.
  • Jaminan
    Kami memberikan jaminan selepas jualan untuk kepuasan pelanggan.

Bagaimana Kami Memberikan Anda Epoxy Flake Coating yang Terbaik?x

Industrial Standard

Rumusan sistem epoxy kami adalah mengikut standard piawaian industri dari segi ketahanan dan kualiti produk.

Hasil Kerja Terjamin

Di MES, kami amat menitik beratkan hasil kerja yang kemas dan sebaik mungkin.

Berikan sentuhan lantai baharu pada kediaman dan perniagaan anda.