11
Aug

Kenali Punca Lantai Bilik Air Bocor

MES ingin berkongsi kepada anda cara-cara mengenal pasti kebocoran yang berpunca dari lantai (tile), di bilik air atau tandas.

Apabila berlaku kebocoran pada lantai bilik air anda perkara pertama yang anda perlu beri perhatian adalah:

1: Bahagian line gap di antara tile.

Jika terdapat rekahan, lubang yang dalam, boleh dikatakan punca bocor berpunca dari celahan tile yang menyebabkan air meresap ke bawah slab.

2: Saluran paip toilet bowl

Jika terdapat lubang atau rekahan di antara paip saluran water chamber anda ini juga boleh menyumbang kepada kebocoran lantai.

3: Saluran floor drain trap (saluran keluar air)

Bahagian ini yang paling kritikal atau terlepas pandang. Sila perhatikan sekeliling saluran floor drain trap mungkin terdapat rekahan, lubang yang boleh menjadi punca air meresap ke dalam slab bawah syiling anda yang menyebabkan punca kebocoran lantai.

Jika dah tahu punca, senang untuk kita memperbaikinya tanpa perlu keluarkan modal besar untuk retiles lantai baru semata-mata nak tutup lubang, rekahan pada lantai tile, bukan?

Bagaimana nak atasinya?

Anda boleh dapatkan Epoxy Grout Putty dari MES, Multiporpose waterproof grout putty khas yang dirumuskan bagi kerja-kerja bonding, patching dan repairing.

Produk yang sangat mudah digunakan, dapat menutup / menampal rekahan, lubang dengan baik sepantas 4 jam.

Bersih dan keringkan permukaan yang hendak di apply Epoxy Grout Putty.

Ambil 1 skop EGP Part A dan 1 skop EGP Part B dan gaul sebati selama 3 minit (mixing ratio 1:1).

Apply bancuhan tadi terus ke permukaan dengan menggunakan scrapper.

Biarkan kering (cure) selama 4 jam.