Bina Kemahiran Jana Pendapatan Sertai Program Kursus Latihan EFC Bersama MES!

Kuasai Kemahiran Pemasangan Epoxy Flake Coating Secara Teori & Praktikal.

Belajar teknik asas pemasangan lantai epoxy flake bertaraf komersial daripada zero dalam kelas intensif 100% hands-on. Sesuai untuk individu, kontraktor, floor applicator yang ingin tambah servis baharu, usahawan renovasi, atau pemilik rumah yang mahu berjimat melakukan projek DIY sendiri.

Apa Itu Epoxy Flake Coating?

Epoxy Flake Coating ialah sistem salutan lantai berasaskan resin epoksi yang digabungkan dengan taburan kepingan warna (mica chip flakes) dan dilindungi oleh lapisan topcoat jernih.

Sistem ini menghasilkan permukaan lantai yang kukuh, tidak licin, mudah dibersihkan, dan mempunyai kemasan moden tanpa sambungan (seamless). Ia menjadi pilihan utama untuk lantai kediaman, tandas, dapur, ruang parkir (porch), bengkel, dan premis komersial.

Modul Pembelajaran Lengkap

Kurikulum disusun langkah demi langkah mengikut aliran kerja sebenar di tapak projek:
Modul 1
Pengenalan Kepada Sistem Epoxy Flake Coating.

Mengenali jenis-jenis resin epoxy (Primer, Basecoat, Topcoat) dan fungsi setiap lapisan.

Nisbah bancuhan yang tepat, masa kerja (pot life), dan tempoh pengeringan (curing time).

Aspek keselamatan kerja (PPE) dan penjagaan alatan.

Modul 2
Penyediaan Permukaan Lantai (Surface Preparation)

Fasa paling kritikal yang menentukan ketahanan lantai sehingga bertahun-tahun.

Teknik grinding, pembersihan habuk/minyak, serta cara menampal rekahan (crack repair) dan lubang pada simen atau jubin sedia ada.

Modul 3
Pemasangan epoxy flake coating lapisan demi lapisan.

Teknik sapuan Primer untuk cengkaman maksimum.

Teknik aplikasi Basecoat menggunakan roller dan squeegee supaya ketebalan sekata tanpa kesan garisan.

Sapuan Topcoat (Clear Coat) untuk perlindungan coating dan kemasan berkilat.

Modul 4
Cara applikasi Mica dan Chip Flake untuk dekorasi.

Teknik menabur (broadcasting) kepingan mica flake secara sekata dan semula jadi (mengelakkan tompokan bertindih).

Teknik mengikis (scraping) dan menyedut lebihan flake sebelum lapisan akhir disapu.

Mengapa Kemahiran Ini Bernilai Untuk Anda?

Pemilik rumah dan premis komersial semakin memilih kemasan epoksi kerana ketahanan dan kos penyelenggaraan yang rendah berbanding jubin konvensional.
Permintaan Pasaran yang Stabil
Pembelajaran Berasaskan Praktikal (Hands-On)
Sesuai Untuk Semua Tahap
Elak Kesilapan Teknikal

Tenaga Pengajar Berpengalaman

Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja pemasangan lantai industri dan kediaman.

Anda akan dibimbing secara terus mengenai teknik kerja lapangan, tips pemilihan bahan mengikut bajet pelanggan, serta piawaian keselamatan semasa mengendalikan bahan kimia epoksi.
Azuan Alwi

Teknikal & Operasi

Hafizi Md Yusof

Applicator Supervisor

Hisham Zainal

Pemasaran

Yuran Penyertaan

Tempat adalah terhad bagi memastikan setiap peserta mendapat bimbingan rapi daripada tenaga pengajar. Daftar bersama rakan atau pasukan anda untuk menikmati diskaun berkumpulan!

Solo

Daftar seorang

RM

450

/pax

Duo

Daftar berdua

RM

430

/pax

Kumpulan

Daftar bertiga dan berkumpulan

RM

400

/pax