Kepakaran Teknikal Untuk Hasil Yang Praktikal

Kami bukan sekadar kontraktor yang memasang salutan lantai. Di MESSB, kami melihat setiap projek sebagai satu tanggungjawab untuk melindungi aset pelanggan.

Sejak tahun 2017, fokus utama kami adalah memastikan setiap lapisan epoxy yang diaplikasikan mematuhi piawaian teknikal yang betul bagi memberikan ketahanan jangka masa panjang kepada premis anda.
Pemilihan Sistem Yang Telus – Kami hanya mencadangkan material yang sesuai dengan fungsi ruang anda, tanpa memaksa kos yang tidak perlu.
Konsultasi Berasaskan Pengalaman – Memberikan nasihat jujur mengenai keadaan lantai sedia ada serta solusi pembaikan yang paling efektif sebelum memulakan sesuatu projek.
Komitmen Selepas Jualan – Kami mengutamakan hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui khidmat sokongan dan bimbingan penyelenggaraan lantai yang betul.
Falsafah kami berasaskan kepada pendekatan teknikal yang jujur dan hasil kerja yang praktikal.

Membina Kepercayaan Melalui Hasil Kerja Yang Berkualiti.

Di Multi Epoxy Solution (M) Sdn Bhd, kami percaya bahawa setiap lantai mempunyai cabaran yang unik. Fokus kami bukan sekadar menyelesaikan tugasan, tetapi memberikan solusi yang tepat supaya ruang anda dapat berfungsi dengan optimum dalam tempoh masa yang lama.

Kami Sentiasa Mengutamakan Ketelitian Dalam Setiap Projek.

Pasukan kami bekerja secara kolektif untuk memastikan setiap lapisan epoxy diaplikasikan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kami faham nilai pelaburan anda, sebab itu kami mementingkan pemilihan bahan yang betul dan teknik penyediaan lantai yang rapi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari

Pekerja Tempatan

+

Projek Terlaksana

+

Penggunaan Material

+

Applicator Terlatih

+

Sedia Untuk Transformasi Lantai Anda?

Hubungi Kami Untuk Sebut Harga & Temujanji Lawatan Tapak.

Dapatkan sebut harga yang telus tanpa sebarang kos tersembunyi hari ini. Pasukan teknikal kami sedia membantu memberikan solusi yang paling praktikal untuk anda.